Mengenai Saya

rahmat_0003

Nama sebenar saya adalah Nor Mohd Rahmat Bin Md Ariffin atau dikenali sebagai Penang. Pada mulanya panggilan Penang adalah bermula daripada Abang-abang saya, kemudian saya pun dipanggil  dengan panggilan yang sama. Perkara ini terjadi apabila keluarga saya berpindah daripada Pulau Pinang ke Selangor. Itu yang diorang panggil penang.

Saya mendapat pendidikan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat di Universiti Terbuka Malaysia. Saya juga mempunyai Diploma dalam bidang yang sama di Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR). Bidang IM adalah bidang yang agak baru bagi saya. Saya mula berjinak-jinak dalam bidang IM setahun yang lalu pada akhir tahun 2008. Bermula dari situ, saya sudah mula mengkaji dengan menyertai beberapa program di Internet. Saya juga membeli beberapa Ebook untuk mendalami lagi bidang IM. Sehinggalah selepas bulan Ramadhan yang lalu di akhir bulan September 2009, saya mengambil keputusan untuk bergerak lebih serius dalam bidang IM. Selain bidang IM, saya juga membuka perniagaan sendiri secara kecil-kecilan di rumah saya.

  • Share/Bookmark