12 Jan 2010

Siapa kata super heroes hanya wujud dalam komik atau TV sahaja….

Author: Penang | Filed under: Bisnes Internet

Sebenarnya di dalam bisnes Internet ada Super Hereos nya juga. Super Heroes tu digelar “ListMan”, ListMan dalam bahasa internet adalah mailing list. Kalau super heroes yang lain ada kuasanya, ListMan pun ada kuasanya juga. Kuasa ListMan terletak pada wangnya iaitu kita boleh menjana pendapatan dengannya. Pentingnya ListMan ini adalah kepada mereka yang mahu terlibat atau telah terlibat di dalam bisnes Internet.

Situasi di mana pentingnya Listman ini kepada mereka yang terlibat di dalam bisnes Internet adalah dalam bidang seperti:-

Penjualan produk-produk digital (milik anda).
Di dalam penjualan produk-produk digital di manakah tempat yang paling berkesan untuk dibuat pemasaran bagi menarik minat pembeli. Adakah di iklan samaada percuma atau berbayar. Tentunya tidak, siapa yang hendak membeli jika mereka tidak begitu mengenali penjual atau produk yang diiklankan. Tempat pemasaran yang paling berkesan untuk memasarkan produk tentulah mailing-list anda kerana mereka telah mengenali anda. Cuba bayangkan anda mempunyai mailing-list 1,000 orang dan 10% daripadanya membeli produk anda yang berharga RM 50 . Jadi berapa yang anda dapat, bukankah RM 5 ribu. Bagaimana jika anda mempunyai mailing-list 10 ribu orang pula. Tidak kah banyak yang akan anda dapat.

Sertai affiliate
Begitu juga dengan penyertaan anda di dalam affiliate (menjual produk orang lain). Tempat mana yang paling berkesan untuk memasarkan produk tersebut, tentulah jawapannya adalah mailing-list anda.

Sebagai Blogger
Terdapat banyak cara untuk menjana pendapatan melalui blog seperti pengiklanan (adsense), review, perkhidmatan dan sebagainya. Untuk menjana pendapatan melalui teknik blog, blog anda haruslah mempunyai pengunjung yang ramai. Pengunjung ini dimana yang anda boleh cari, lebih-lebih lagi jika blog anda masih baru. Tentulah mailing-list anda kerana mereka telah mengenali anda melalui penulisan yang anda tulis.

MLM (GDI)
Program-program MLM sudah semakin berkembang pesat di Malaysia tetapi kebanyakannya dibuat secara offline. Jika menggunakan secara offline sukar nak mencari downline kerana perlu berjumpa dengan prospek dan terangkan satu per satu. Dengan cara online lebih mudah, kita tidak perlu lagi berjumpa dengan prospek untuk terangkan satu per satu programnya. Cara terbaik untuk mencari prospek mestilah kita perlu guna kaedah mailing-list.

Lain-lain
Apa sahaja program yang memerlukan orang untuk membeli produk atau mencari downline, kaedah mailing-list adalah kaedah yang paling berkesan untuk mendapatkan prospek.

Pendek kata, ListMan ini memang penting kerana ia merupakan asas kepada perniagaan Internet. Jika Listman ini bersama dengan anda, pastinya anda lebih mudah untuk menjana pendapatan di Internet dan seterusnya dapat membina perniagaan Internet anda. Kebanyakan usahawan Internet yang berjaya pada hari ini kerana mereka mempunyai Listman yang sangat besar. Teknik ListMan ini merupakan asas terpenting yang perlu dikuasai dulu sebelum menceburi mana-mana bidang perniagaan Internet. Jika anda tak bermula dengan perkara asas ini, peluang untuk anda menjana pendapatan di Internet adalah sangat tipis sekali.

  • Share/Bookmark

Tags:

Leave a Reply