13 Jan 2010

Perancangan dalam perniagaan Internet

Author: Penang | Filed under: Bisnes Internet

Semua perkara yang kita hendak lakukan perlu lah bermula dengan perancangan. Begitu juga dengan perniagaan Internet, kita perlu merancang untuk memulakannya. Ini untuk mengelakkan kita terpesong daripada tujuan asal kita. Perancangan membantu kita mengikut panduan yang kita tetapkan dan tak hilang fokus. Contohnya kita tetapkan bulan ini, kita nak bina squeeze page dan mengumpul mailing-list sebanyak 100 orang. Bulan depan kita nak bina blog dot com. Selepas itu kita nak keluarkan produk. Bila produk dah siap, kita nak bina web jualan pula. Begitu lah seterusnya. Pendek kata perancangan memamg penting dalam memulakan perniagaan internet. Bagi mereka yang baru hendak bermula dengan perniagaan internet, apa yang perlu dibuat adalah dengan mengikuti kesemua langkah-langkah asas berikut.

Langkah Pertama
Sebelum bermula kita kena tahu kepakaran dan minat kita samaada tentang perniagaan internet, motivasi, kaunseling, dunia pencintaan, sejarah, memancing, menjahit, masakan dan lain-lain lagi. Apabila sudah dikenalpasti, kita perlu fokus kepada bidang tersebut dan kita tetapkan ‘niche market’ produk kita. Samaada untuk golongan tertentu seperti orang dewasa, remaja, kanak-kanak atau orang tua. Jika sesuatu pasaran itu terlalu banyak persaingan, kita kena kecilkan skop pasaran kita sehingga saingan pasaran itu menjadi kurang. Bila kita dah jelas tentang itu barulah kita boleh bermula.

Langkah Kedua
Untuk memulakan perniagaan internet kita perlu ada peralatan yang asas seperti komputer, perkhidmatan internet, kad debit dan akaun bank yang menyediakan perbankan internet seperti Maybank. Kemudian kita perlukan akaun paypal, beli domain hosting dan beli autoresponder. Sediakan semua ini dulu, kalau tiada komputer dan perkhidmatan internet guna kat ofis, siber café atau pinjam dari kawan dulu. Tiada kad debit pergi buat, banyak kad debit dekat pasaran sekarang ini. Paling mudah pergi ke Eon Bank. Dah dapat kad debit, buka akaun paypal daftar sampai status verified. Apabila semua dah selesai, kita kena beli domain dan hosting. Elok daripada syarikat yang sama. Saya cadangkan syarikat hosting yang paling bagus dari segi supportnya iaitu pantas dan cepat adalah Netkl. Pemilihan nama domain amat penting biarlah sesuai dengan produk yang akan anda keluarkan. Macam saya, saya lebih tumpukan pada bisnes internet sebab itu saya pilih nama panduan bisnes internet. Lagipun keyword nya kurang saingan. Bisnes internet sangat luas dan terdapat bermacam-macam cabang seperti penjualan produk-produk digital, clickbank, adsense, affiliate dan sebagainya. Kita kena ikut kreatifiviti sendiri dan fokus kepada sesautu bidang sahaja dulu. Jangan meniru orang lain bulat-bulat. Kemudian kita perlu membeli autoresponder. Setakat ini autoresponder yang paling murah adalah Norabots. Saya nasihatkan jangan guna yang percuma kerana ia kurang stabil, lebih-lebih apabila mailing list kita semakin meningkat. Waktu itu, apabila kita hendak bertukar kepada autoresponder berbayar sudah agak terlambat kerana kita boleh rugi kerana banyak mailing-list akan hilang.

Langkah ketiga
Kita perlu membina squeeze page untuk mengumpul mailing-list. Kalau tak tahu nak membinanya, elok beli ebook saya Pakej Lengkap Squeeze Page. Ebook ini adalah ebook praktikal yang menerangkan cara membina squeeze page dengan mudah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti pembelian web hosting, pembelian autoresponder, cara setup autoresponder, cara menghasilkan ebook, cara membina link download, cara muat naik fail ke hosting dan lain-lain lagi. Sememangnya ebook ini lengkap untuk membantu orang yang baru atau Newbie dalam perniagaan Internet supaya dapat memahaminya dengan lebih mudah.

Sebelum terlupa…kalau dah ada squeeze page dan nak kumpul mailing-list, kita perlukan tawaran tertentu seperti ebook percuma. Kalau tidak, tiada siapa tertarik nak mendaftar nama dan alamat email mereka. Lebih elok jika ebook percuma itu anda tulis sendiri supaya dapat membina kreadibiliti. Jika susah sangat kumpul sahaja ebook-ebook percuma yang dibenarkan pengedaran oleh pemiliknya dalam satu set, kemudian edarkan sahaja melalui squeeze page anda. Tapi pastikan ebook itu sesuai dengan perniagan Internet anda. Bila semua dah lengkap apa yang perlu anda buat adalah promosi, promosi dan promosi. Tak kiralah samaada iklan percuma, forum, komen di dalam blog tertentu dan bermacam-macam lagi.

Langkah Keempat
Anda perlu mempunyai blog anda sendiri, supaya mailing list anda dapat mengikutinya. Elok bina blog dengan menggunakan wordpress tetapi jangan bina yang menggunakan domain percuma pula. Boleh hilang kredibiliti anda. Binalah blog wordpress dengan menggunakan domain yang anda beli. Jika nama domain yang anda beli telah digunakan untuk alamat web squeeze page anda, buat direktori baru. Contohnya http://namadomaiananda.com/blog/ . Tak tahu macam mana nak bina blog wordpress beli lah ebook pakej kit blogger, karya Smartusaha. Ebooknya memang berkualiti dan penuh dengan maklumat daripada mula bina blog sehinggalah kepada setting nya yang akan membuatkan blog anda nampak lebih menarik. Ebook tersebut ditunjukan langkah demi langkah dan begitu mudah unda anda memahami dan mengikutinya. Blog saya pun dibina berpandukan ebook tersebut.

Langkah Kelima
Langkah yang terakhir adalah menyiapkan produk pertama anda. Terpulangkan kepada anda, ebook apa yang anda ingin tuliskan. Kalau tak tahu nak menulis ebook, beli sahaja ebook yang mempunyai lessen MRR / PLR dan menjualnya kembali. Tetapi pilihlah ebook yang masih baru di pasaran kerana permintaannya masih banyak. Apabila sudah siap produk anda, anda kena bina web jualan pula untuk menjual produk. Kalau tak tahu macam mana nak buat, upah sahaja orang tetapi kena lah siapkan duitnya.

Apabila anda telah melakukan langkah-langkah asas ini, barulah anda bersedia untuk menjana pendapatan di internet seperti affiliate, internet mlm, adsense, clickbank, pengiklanan, review dan berbagai-bagai lagi.

  • Share/Bookmark

Tags:

6 Responses to “Perancangan dalam perniagaan Internet”

  1. rizalosman Says:

    Artikel yang lengkap bagi newbie2 yg ingin berjinak dalam perniagaan internet. Setiap perkara perlu ada perancangan, tanpa rancangan anda seolah merancang untuk gagal, betul tak Penang!
    Saya dulu pun macam tu juga……nasib baik cepat disedarkan. Kalau tidak ntah hanyut kemana tak tahu lee….

  2. admin Says:

    betul tu. Tanpa perancangan kita merancang untuk gagal kerana tanpa ada garis panduan

  3. PinjamNiaga Says:

    Selepas merangcang, tindakan seterusnya adalah melaksanakannya.

    Tak guna pun kalau hanya merancang tanpa ambik tindakan.

  4. admin Says:

    betul tu, tak guna kalau hanya merancang tanpa ambil tindakan. Jangan pula buat terus tindakan tanpa perancangan….

  5. admin Says:

    yes, it is good

  6. admin Says:

    thank you

Leave a Reply