Teringat saya semasa mula hendak berjinak-jinak di dalam dunia bisnes internet setahun yang lalu. Masa itu program yang saya cari adalah program yang nampak begitu mudah dari segi luarannya. Banyak juga program yang saya join tak kira yang menggunakan modal atau tidak seperti email-tunai, dermawan2u, blogstarz, duit mudah, survey, ptc dan berbagai-bagai lagi tetapi hasilnya adalah nothing. Kesilapan saya pada waktu adalah kerana mencari program yang boleh mendapatkan duit dalam jangka masa yang singkat. Mentaliti seperti inilah yang membuatkan newbie yang baru berjinak-jinak dalam bisnes internet mudah terpedaya dan tertipu.
Dalam tempoh itu banyak buku-buku percuma yang saya dapat daripada IM yang terkenal dan membacanya. Hasil daripada pembacaan itu ramai IM menekankan tentang kepentingan mailing-list. Nak membina mailing-list kena tahu bina squeeze page, setup autoresponder dan sebagainya. Walaupun saya dah tahu secara teori tentang semua itu tetapi saya masih kurang jelas tentang banyak perkara dan saya perlukan panduan dan bimbingan samaada daripada ebook atau mentor. Saya cuba mencari-cari ebook yang saya perlukan itu tetapi sukar sekali kerana tajuk produk yang IM keluarkan kadang-kadang tidak mengambarkan apa yang mereka ajarkan dalam ebook tersebut. Contohnya Ebook panduan web advance. Jika berpandukan tajuk itu, kita tak akan tahu ebook itu mengajar tentang cara membina web jualan, jika kita tidak pergi ke website web jualan ebook tersebut, untuk mengetahui secara terperinci tentang produk tersebut.
Apabila saya terjumpa dengan ebook panduan web advance ini, saya masih teragak-agak samaada hendak membelinya atau pun tidak. Saya ambil keputusan untuk memikirkannya kemudian dengan menyimpan alamat website produk tersebut di favourite (IE). Setelah itu, saya dapat maklumat daripada seorang IM tentang kemunculan produk yang boleh berhenti kerja dalam jangka masa yang singkat. Saya begitu teruja dengan produk tersebut kerana ia dikeluarkan oleh IM yang cukup terkenal dan dengan pembelian produk tersebut saya boleh menyertai seminar yang akan IM itu akan buat. Saya fikir inilah produk yang saya cari-cari selama ini dan seminar itu akan mengajar saya tentang cara mengumpul list dengan membina squeeze page (bukankah ini asas bisnes internet).
Saya antara orang pertama yang membeli produk tersebut di hari pelancarannya kerana seminar itu hanya terhad kepada 100 orang pembeli pertama sahaja walaupun harganya begitu mahal sekali. Yang peliknya seminar untuk 100 pembeli pertama sahaja adalah satu strategik untuk melariskan produk rupa-rupanya kerana selepas itu pembeli-pembeli yang lainnya, selepas 100 orang juga dapat menyertai seminar itu (kan bagus saya tak membeli awal). Tak kisah mengenai harga, asalkan memang boleh mendatangkan hasil. Apabila saya mendapat produk tersebut secara peringkat demi peringkat, pada waktu itu saya sudah tahu produk itu memang kurang sesuai untuk newbie seperti saya. Produk ini lebih berasaskan teori semata-mata, begitu juga dengan seminar yang dibuat. Ya mungkin produk itu ada nilainya juga tetapi harga produk tersebut tak sepatutnya setinggi itu dan promosi yang dibuat itu boleh mengakibatkan orang tertipu kerana ia menjanjikan berhenti kerja dalam jangka masa yang singkat. Jika ikutkan saya, mahu saja saya pulangkan kembali produk tersebut dan minta wang dikembalikan. Tapi biarkan sahaja, itu sudah rezeki dia (rezeki daripada Allah untuknya). Saya terfikir juga antara semua pembeli tersebut berapa ramai yang telah berjaya dengan mendapat pendapatan sekiranya mengikut step by step apa yang diajarkan dalam produk tersebut. Entahlah hanya tuhan yang tahu.
Kesilapan saya pada waktu itu kerana telah hilang fokus dan terpengaruh dengan produk-produk yang menggunakan ayat-ayat hyper ini (saya belajar tentang kesilapan itu). Selepas itu, saya menyusun perancangan kembali dan akan mendapatkan ebook panduan web advance tersebut. Saya mengambil keputusan untuk bermula selepas hari raya puasa yang lalu dengan mula menulis ebook percuma saya dan membina squeeze page dengan membeli ebook panduan web advance karya Bernerd bondly. Hampir sebulan juga baru siap semua itu.
Lagipun saya tak suka buat kerja secara terus, saya lebih suka buat kerja secara peringkat demi peringkat. Kemudian saya buat kad debit untuk verified akaun paypal saya (saya dah ada akaun paypal tetapi statusnya masih belum verified), beli domain dan hosting, begitu juga dengan autoresponder. Dalam tempoh itu saya telah aktifkan diri di dalam forum IM iaitu wang cyber untuk membina kredibiliti (akaun dah buka lama tapi kurang aktif). Apabila semua sudah siap saya uploadkan squeeze page saya di server (hosting) dan saya melakukan beberapa pengujian untuk memastikan tiada sebarang masalah. Terdapat beberapa error yang tak saya jangkakan selama ini. Saya cuba dapatkan bantuan melalui forum wangcyber. Ada yang menjawabnya tetapi masih kurang jelas sehinggalah saya beli ebook satu lagi iaitu Belajar Asas CPanel karya Jebat yang menerangkan cara setup hosting. Melalui ebook inilah segala error yang berlaku telah berjaya saya selesaikan. Apabila sudah siap semuanya barulah saya lunchkan squeeze page dengan memberi ebook percuma saya. Saya juga telah aktif memberi komen-komen di blog-blog IM yang lain supaya jika ada yang tertarik dengan komen saya akan klik kan pada nama saya dan seterusnya akan di bawa ke website squeeze page saya.
Untuk melibatkan diri dalam bisnes internet secara serius saya perlukan sebuah blog sendiri yang menggunakan domain yang saya bayar supaya nampak lebih professional. Saya mencari-cari ebook mengenai buat blog pula, akhirnya saya bertemu dengan ebook pakej kit blogger karya Smartzul. Tanpa berfikir panjang saya terus membelinya. Seperti yang anda lihat inilah blog saya yang terhasil daripada panduan ebook pakej kit blogger tersebut. Blog ini pun masih belum cukup sempurna kerana saya perlukan masa untuk mencantikkannya lagi. saya juga telah buka akaun dengan twitter, facebaook, myspace, frindster (akaun dah ada), dan tagged (akaun dah ada), youthsays. Selain mencari kawan ia juga boleh digunakan untuk tujuan promosi.
Untuk mendapatkan mailing list yang cepat, kita perlu keluarkan modal dengan mengwujudkan cabaran PPL iaitu sesiapa yang mempromosi ebook percuma kita akan mendapat komisen jika ada orang yang download ebook percuma kita, melalui link orang mempromosi. Setakat ini di Malaysia komisen yang paling tinggi dibayar 0.50 sen bagi setiap orang yang download ebook percuma tersebut. Jika anda mempunyai duit yang banyak dan ingin mendapatkan mailing list dengan cepat inilah caranya. Bagi saya pula, buat masa ini saya belum bersedia tetapi akan datang saya akan menggunakan cara ini untuk mendapatkan mailing list dengan cepat.
Untuk pengetahuan anda, saya sedang menyiapkan produk pertama saya (bukan produk tentang duit) tetapi saya belum pasti untuk menjualnya atau memberinya sebagai bonus jika membeli produk yang saya cadangkan melalui link affiliate saya. Buat anda nantikan kemunculan produk pertama saya selewat-lewatnya awal bulan 1 2010, paling cepat akhir bulan 12 ini….Tungguuuuuu….
Tags: perniagaan internet


December 15th, 2009 at 5:59 pm
selamat maju jaya penang dan selamat datang ke alam blogging.
December 15th, 2009 at 11:06 pm
Terima-kasih….mari kita meriahkan dunia blogging…
December 23rd, 2009 at 12:20 am
Betul ar,dulu saya pun ada gak join program2 camtu tapi hasilnya nothing.Sekarang ni jer baru nak belajar sket2 pasal business online.
December 29th, 2009 at 9:49 pm
saya tunggu produk terbaru tu
December 31st, 2009 at 5:52 pm
mula2 biasalah…saya pun dah terkena juga dulu….pengalaman mematangkan kita
December 31st, 2009 at 5:53 pm
produk dah keluar pun…Pra-pelancaran telah dibuat…harga RM 20 sahaja…ari nie last
May 24th, 2010 at 10:46 pm
Memang kita kena akui.. Bukan senang nak senang. Mana ada bisnes mudah yang boleh hasilkan duit bertimbun-timbun dalam masa singkat. Ilmu pengetahuan adalah perkara paling utama sebelum kita buat sesuatu, termasuklah menceburkan diri dalam IM. Jatuh bangun, lumrah hidup. Yang penting, semangat mesti selalu kuat. Selamat maju jaya
May 25th, 2010 at 9:41 am
Betul tu, tiada perniagaan yang mudah untuk menghasilkan duit bertimbun-timbun. Untuk berjaya banyak ujian dan dugaan yang harus diharungi. Yang penting banyak bersabar dan belajar daripada kesilapan yang dibuat.