Anda sudah biasa mendengar dengan perkataan SPAM tetapi tahukah anda apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan SPAM. SPAM atau yang biasa juga disebut dengan email sampah, adalah email yang tidak diinginkan oleh pengguna komputer (email spam) yang mengandungi iklan yang tidak kita harapkan dan pengirim SPAM pun kita tak kenal. Biasanya SPAM akan dirasai menganggu apabila jumlah email atau lainnya dikirim dalam jumlah yang banyak atau besar. Mereka yang membuat SPAM digelar Spammers.
Pengirim SPAM sengaja mengirim email sebanyak yang mungkin untuk menawarkan iklan dengan harapan ada yang membaca iklan tersebut dan pada akhirnya tertarik untuk membeli produk yang ditawarkan. Ada juga SPAM yang ramah iaitu dengan menyebut nama kita dalam sapaan (entah dari mana mendapat info), seolah-olah si pengirim itu telah mengenal kita.
Pengguna mungkin sudah biasa dengan pelbagai mesej menarik yang diterima daripada SPAM. Sesiapa sahaja boleh menerimanya termasuk kanak-kanak. Pada hari ini, ramai kanak-kanak pada semua peringkat umur memiliki emel akaun sendiri dan mereka inilah yang kadang-kadang terdedah kepada SPAM yang tidak senonoh atau lucah. Jadi lindungilah anak-anak kita daripada melihat dan menerima sesuatu yang tidak berfaedah.
Selain daripada email spam, terdapat juga spam-spam yang lain iaitu instant messaging spam, usenet newsgroup spam, web search engine spam, blog spam dan lain-lain lagi. Keburukan dengan adanya SPAM adalah terbuangnya waktu untuk menghapuskan berita-berita yang tidak kita inginkan dan kemungkinan virus atau trojan menyusup masuk di dalam SPAM.
Bagaimana SPAM menjalankan kerja
Para penyebar SPAM biasanya juga menggunakan mail server orang lain, juga alamat e-mail yang bukan menunjukkan identiti pemiliknya. Dengan kata lain alamat e-mail tersebut memang wujud tetapi si pengirimnya bukan pemilik sebenar. Mengirim e-mail menggunakan alamat e-mail seperti diatas sangat dimungkinkan kerana protokol SMTP (Simple Mail Transfer Protocol) yang digunakan dalam penukaran e-mail tidak pernah menverifikasikan alamat e-mail dengan alamat IP nya.
Penghapusan SPAM
Pada dasarnya SPAM tidak dapat kita hapuskan tetapi ada beberapa cara yang dapat mengatasi masuknya SPAM. Cara yang banyak digunakan pada masa ini adalah mengautomatasikan proses pemilihan antara e-mail SPAM dan yang bukan SPAM dengan menerapkan teknologi filter.
Cara yang dapat membantu mengurangi SPAM adalah:
Kalau boleh, gunakan email lain (selain e-mail untuk bisnes) sewaktu menguruskan untuk hal-hal di luar bisnes misalnya mailing-list. Banyak penyebar SPAM yang menggunakan alamat dari mailing-list untuk menjalankan kerjanya.
Aktifkan anti-virus dan personal Firewall pada PC. Kebanyakan SPAM pada hari ini yang mengandungi virus atau trojan yang dapat menganggu sistem pada PC dan jaringannya. Biasanya program trojan tadi digunakan untuk menyebarkan email SPAM ke alamat lain yang bercantum pada address book.
Aktifkan anti-relay atau non aktifkan relay sistem pada server e-mail. Cara ini untuk memastikan bahawa email server kita tidak dijadikan sasaran untuk tempat transit e-mail spam.
Gunakan kemudahan dalam program e-mail yang dapat mengelompokkan email. Program e-mail seperti Microsoft Outlook dan Mozilla Thunderbird dapat mengelompokkan e-mail. Dengan pengelompokkan ini, walaupun tidak dapat mengurangi SPAM sama sekali, kita dapat melakukan pemilihan dalam membaca e-mail dan email yang penting tersebut tidak bercampur dengan email spam.
Anda juga boleh menggunakan email yang ada kemudahan SPAM Guardnya seperti Yahoo.
Tags: Spam


January 1st, 2010 at 4:15 pm
Salam bro,
Artikel yg menarik, saya telah gunakan artikel ni utk dikongsikan di Group Wangcyber kat Facebook..
http://www.facebook.com/topic.php?uid=222263648216&topic=13960
January 1st, 2010 at 10:33 pm
Bagus tu…terima-kasih
January 2nd, 2010 at 8:54 pm
Saya telah sharekan artikel ini di blog saya …
January 8th, 2010 at 4:26 pm
tak kisah…bagus tu