Scam ialah satu bentuk penipuan yang dilakukan oleh peniaga-peniaga atau Internet Marketer yang hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata. Contoh yang paling ketara ialah skim cepat kaya yang menawarkan pulangan yang banyak dalam masa yang singkat.
Untuk mengenalpasti Scam terdapat beberapa ciri-cirinya:-
Ia adalah scam sekiranya tiada bukti track record
Adakah anda pernah mendengar nama atau syarikat dia? Adakah produk dia sebelum ini telah terbukti keberkesanannya? Jika tidak, bagaimana anda boleh mempercayai dia boleh membantu anda membuat duit di Internet? Sentiasa bersikap sangsi. Selalu bertanya orang yang membeli produknya sebelum ini. Cari URL nya di google dan cari review produk2nya sebelum ini. Anda perlu berhati-hati mencari review produknya kerana pihak2 yang berkepentingan selalu memberi komen yang positif kerana mereka mendapat komisen dari produknya. Elok cari orang yang baru (newbie) yang telah membeli produknya untuk mengetahui setakat mana keberkesanan produk tersebut dan apakah hasil yang dia dapat setelah mempraktikan kaedah dalam produk tersebut.
Ia adalah scam sekiranya tidak ditunjukkan testimoni yang sebenar.
Sebarang produk di pasaran perlukan testimoni untuk menyakinkan pembeli tentang keberkesanan produk yg dijual. Sekiranya tiada atau maklumat testimoni tidak lengkap, kemungkinannya ia adalah scam. Anda perlu berhati-hati kerana ada testimoni yang diupah atau testimoni dpd pihak yg mempunyai kepentingan daripada produk tersebut. Contohnya JV partner. Kalau boleh cari org yang tiada kaitan dengan pemilik produk tersebut. Dengan kehadiran teknologi pada masa sekarang, bukti-bukti palsu seperti penyata akaun, gambar penyata bank, cek yang di scan, screenshot pendapatan online atau testimoni boleh direka dengan mudah.
Ia adalah scam sekiranya ia hanya menjual produk tetapi ia tidak menunjukkan cara sebenar untuk mendapat duit (lebih kpd teori semata-mata).
Contohnya produk yang menjanjikan pulangan dalam jangka masa singkat, boleh berhenti kerja dalam masa sebulan atau sebulan boleh dapat 10k dan lain-lagi. Berhati-hatilah dengan produk-produk yang menjanjikan pulangan dalam bentuk wang dalam jangka masa yang singkat.
Ia adalah scam sekiranya syarikat mengkehendaki anda membayar duit untuk menjual produk.
Sekiranya anda perlu membayar sebelum boleh menjual sesuatu produk, kemungkinan besar ia adalah scam. Ini kerana syarikat itu tahu, anda tidak akan berjaya menjual suatu produk pun. Mereka hanya mahukan duit anda bukan kerana jualan yang anda berjaya buat. Dengan itu anda melakukan pertolongan percuma kerana menjual produk mereka dan pada masa yg sama mempromosikannya.
Ia adalah scam sekiranya penjual produk tidak dapat dihubungi.
Sebelum anda ingin melabur dalam mana-mana peluang yg dibuat syarikat atau sesiapa, elok anda menhhubungi mereka untuk mengetahui lbh lanjut programyang dibuat. Bertanya lah sehingga anda betul-betul faham program tersebut. Sekiranya anda tak dapat menghubungi mereka jangan sesakali berurusan dengan mereka. Percaya dengan gerak hati. Jika anda berasa sangsi dengan program tersebut jangan sesakali menyertainya.
Ingatilah, sekiranya untuk berjaya begitu mudah, semua orang boleh menjadi kaya. Dalam perniagaan internet, tiada ‘magic pill’ atau jalan pintas. Jika anda ingin membina perniagaan Internet sebenar, anda perlu bersedia untuk berkorban dari segi masa dan usaha ke arahnya. Semua orang boleh memberi segala strategi atau teknik untuk menjadikannya kenyataan. Semua orang juga boleh berputus asa untuk mengikut segala strategik atau teknik yang diajar. Jadi untuk berjaya selebihnya bergantung kepada diri anda sendiri juga. Hendak seribu daya, Mahu seribu cara…..
Tags: Scam


December 2nd, 2009 at 1:54 am
sekarang ni banyak scam..kekadang susah nak detect..
tp saya kurang paham knapa orang banyk tertipu dengan scam..
mungkin kurang pendedahan tentang scam kot..
articel yang bagus..:)
December 15th, 2009 at 11:13 pm
stgh org yang baru susah nak beza scam atau tak… lagipun org baru suka join program-program yang mudah dari segi luarannya…tu yang mudah kena tipu. Dulu pun saya macam tu jugak….skrg saya lbh berhati-hati
December 29th, 2009 at 10:00 pm
huhuhu… i hate spam..
December 31st, 2009 at 5:54 pm
spam macam virus….