PanduanBisnesInternet.com

Buat duit dengan AdSense, affiliate, Clickbank, ebay, ebook, pendapatan sampingan, duit internet


4 KEMESTIAN dalam membina dan mendapatkan senarai prospek

Hari ini, capaian internet telah berkembang dengan pesat dan semakin ramai yang menggunakannya dalam kehidupan seharian. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet adalah antara tempat terbaik untuk memasar dan mengiklankan perniagaan anda. Potensi untuk mendapat prospek juga secara relatifnya sangat luas jika dibandingkan dengan teknik pemasaran konvensional. Tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu anda lakukan sebelum berjaya memancing prospek untuk perniagaan anda.

1 - Letakkan borang di laman web/ blog.
Borang ini boleh diletakkan di bahagian tepi atau bawah kandungan laman web/ blog anda. Jika pelawat atau pembaca berminat dengan kandungannya, mereka berpotensi untuk mendaftar.

Sebaiknya gunakan borang yang simple, tidak perlu padat dengan grafik, sediakan ruang untuk nama dan alamat emel, dan sedikit deskripsi tentang newsletter anda. Ajak mereka untuk subscribe supaya sentiasa mendapat informasi dan kemaskini terbaru dari anda. Borang ini secara automatik akan menyimpan maklumat tentang prospek anda.

2 - Pastikan laman web/ blog berpengaruh.
Ini penting, terutamanya laman utama anda. Informasi dan kandungan laman web/ blog haruslah bermanfaat, ditulis dengan baik, dan sentiasa dikemaskini. Pelawat juga perlu dimaklumkan tentang bidang perniagaan atau perkhidmatan anda.

Seperti borang tadi, keseluruhan laman web/blog juga sebaiknya simple, kemas dan tersusun. Tidak perlu dipenuhi dengan macam-macam gambar fancy terutamanya yang berbentuk animasi kerana ianya mengambil masa yang lebih lama untuk loading. Semakin lama masa loading, semakin cepat pelawat meninggalkan laman web/ blog anda.

3 - Senarai anda bersih.
Pastikan senarai anda bersih daripada unsur-unsur keji, lucah dan perkara-perkara yang tidak beretika. Anda tidak tahu di hadapan sesebuah skrin komputer siapa yang bakal membaca dan melihat emel tersebut. Mungkin kanak-kanak yang masih belum dapat membezakan antara baik dan buruk. Anda juga dinasihatkan tidak mengirim sesuatu yang akan mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh prospek anda.

4 - Jangan dedahkan senarai prospek anda tanpa kebenaran.
Saya 100% yakin dan percaya tidak ada di antara kita yang suka menerima emel berbentuk spam (klu ada gak yang suka spam ni tak tau la dia ni jenis orang yang camne). Ini bermakna anda bertanggungjawab dengan segala cara harus melindungi privasi senarai prospek anda daripada dihujani dengan emel-emel tidak diundang daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika tidak, prospek akan hilang kepercayaan terhadap anda dan pasti mereka juga akan hilang (unsubscribed) dari senarai anda.

Tag: , , ,

Mitos Popular Bisnes Internet

Isu tentang penipuan di internet perlu ditekankan sekiranya anda ingin melibatkan diri dalam dunia bisnes melalui internet. Anda perlu berhati-hati, tetapi ini tidak bermakna anda perlu menjauhkan diri darinya. Ini kerana bisnes internet memang telah terbukti dapat menjana keuntungan lumayan dan berpotensi untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan. Ramai yang telah berjaya dan masih lagi menjana pendapatan pasif melaluinya hingga hari ini.

Tidak dapat dinafikan wujud situasi apabila disebut saja bisnes internet atau perniagaan internet, mereka mengaitkannya dengan penipuan, scam, spam. Saya secara peribadi tidak hairan dengan keadaan ini kerana ketiga-tiga istilah tersebut memang ada berlaku dalam dunia bisnes internet pada hari ini.

Walau bagaimanapun, potensi menjana pendapatan melalui internet secara relatifnya lebih luas dan besar. Banyak peluang yang boleh diteroka. Sebelum anda memulakan bisnes internet, sebaiknya anda terlebih dahulu melakukan kajian dan mendapatkan informasi yang berkaitan. Ini akan memudahkan kerja dan perancangan anda di samping mengelakkan anda daripada menjadi mangsa penipuan internet kelak.

Semakin banyak informasi yang anda ketahui tentang scam, semakin mudah anda dapat mengelakkan diri dari menjadi mangsa, sekaligus anda akan menjadi bertambah yakin untuk menceburi bisnes internet.

Berikut adalah antara mitos popular berkaitan dengan bisnes internet dan kebenaran di sebaliknya:

MITOS#1 ‘DUIT SEKELIP MATA’. Penipuan ini sering menjanjikan anda dengan harapan dapat mengaut keuntungan dengan mudah dan pantas. Mereka membuatnya seakan-akan anda hanya perlu goyang kaki menunggu ringgit melayang kepada anda.

KEBENARAN: Dunia bisnes internet memerlukan usaha yang gigih. Kebanyakan bisnes internet akan mengambil sedikit waktu sebelum anda mula menjana keuntungan. Ini kerana anda harus menumpukan usaha untuk mendapatkan trafik ke laman web/ blog jualan terlebih dahulu sebelum dapat menuai hasilnya. Ingatlah bahawa yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek. KEJAYAAN hanya untuk mereka yang BERUSAHA.

MITOS#2 ‘JADIKAN KOMPUTER ANDA SEBAGAI MESIN CETAK DUIT’. Sebenarnya terdapat banyak kenyataan yang bermula dengan pujukan seperti ini.

KEBENARAN: Walaupun kenyataan tersebut boleh jadi benar, tetapi anda harus berhati-hati dengan tawaran yang menjadikannya sebagai alasan. Kebanyakan peluang bisnes internet yang diwarwarkan oleh scammers sebenarnya menjual bisnes itu sendiri. Biasanya tidak ada bisnes sebenar dalam situasi ini. Mungkin ya di mata anda, tetapi bagi scammers mereka sebenarnya mengambil kesempatan terhadap wang yang anda belanjakan untuk mendapat apa yang mereka janjikan.

MITOS#3 ‘MULAKAN BISNES INTERNET TANPA MODAL’. Mereka cuba membuat anda percaya bahawa anda boleh memulakan bisnes internet anda tanpa sesen pun modal permulaan.

KEBENARAN:

Mereka berteriak Tidak Perlu Modal, kemudian di satu sisi mereka akan meminta anda untuk membayar sejumlah wang sebelum memberi maklumat bagaimana memulakan bisnes internet secara percuma. Ironi, bukan? Hakikatnya, pasti akan ada kos dari segi wang ringgit untuk memulakan bisnes internet. Paling tidak pun, anda perlukan sambungan internet. Tetapi berita baiknya ialah kos bisnes internet tidaklah sebanyak kos untuk bisnes konvensional.

Sebenarnya banyak lagi mitos berkenaan bisnes internet yang masih dan sedang menunggu mangsa di ruang siber. Semoga anda mendapat sedikit gambaran awal tentang taktik-taktik penipu di internet dan bagaimana mereka mengayat mangsa. Jadi saya secara peribadi nasihatkan anda berhati-hati dalam membuat pilihan dan jangan takut atau malas untuk melakukan kajian terhadap mana-mana tawaran yang meragukan. Ingat sebelum kena kerana sesal kemudian tidak berguna.

Tag: ,

Artikel sebagai Sumber Pemasaran Berkesan

Trafik memainkan peranan penting dalam dunia perniagaan internet sehinggakan ramai webmaster di luar sana yang sanggup mengeluarkan modal yang besar untuk menjana trafik ke laman web/ blog mereka. Tetapi menjana trafik ke laman web/ blog sebenarnya boleh dilakukan dengan PERCUMA, sekaligus menggandakan potensi pendapatan anda.Caranya - pemasaran melalui artikel (article marketing). Tulis artikel berkaitan dengan sesuatu subjek dan hantar ke mana-mana direktori artikel. Mudah, pantas, meningkatkan trafik, sekaligus menambah jualan dan pendapatan anda.

Setelah habis membaca artikel, pembaca mempunyai pilihan untuk melawat laman web/ blog anda melalui backlink yang anda sertakan. Semakin banyak artikel yang anda hantar ke direktori artikel, semakin banyak backlink ke laman web/ blog anda. Laman web/ blog anda juga berpotensi untuk mendapat ranking yang tinggi di mata enjin carian.

Tidak hairanlah ramai webmaster kini mengambil masa untuk menulis lebih banyak atikel untuk tujuan mendapatkan trafik. Cara ini sungguh mudah dan lebih profesional. Berikut saya senaraikan beberapa tempat di mana anda boleh menghantar artikel:

- Goarticles.com
- ArticleDashboard.com
- ArticleCity.com
- EzineArticles.com
- ArticleHub.com

Anda cuma memerlukan beberapa minit untuk menulis dan menghantar artikel ke mana-mana direktori. Lama-kelamaan, artikel anda yang mengandungi backlink ke laman web/ blog akan berserakan di internet, sekaligus meningkatkan potensi mendapatkan jumlah pelawat.

Jadi jika anda rasakan menulis artikel itu hanya membuang masa dan tidak mendatangkan apa-apa, anda SILAP! Anda perlu optimis dan bayangkan artikel anda tersebar meluas di internet. Anda bukan saja berpotensi untuk menjana trafik, tetapi juga berpeluang untuk mempromosi produk dan perkhidmatan melaluinya.

Jadi mulalah menulis artikel hari ini. Anda bukan saja akan menjana semakin banyak trafik ke laman web/ blog anda, bahkan juga melipatgandakan pendapatan melaluinya.

Tag: , ,

Jenis-jenis Resell Rights

Walaupun saya percaya anda kini tahu apa itu Resell Rights, tetapi saya juga percaya masih ada lagi yang masih kurang faham tentang Resell Rights. Anda perlu tahu bahawa terdapat pelbagai jenis Resell Rights atau Hak Jualan Semula dan penting untuk memahami setiap satu darinya.

Kenapa saya katakan PENTING? Ini kerana hak sesuatu produk merupakan satu isu penting dan dilindungi oleh Akta Hakcipta. Silap haribulan boleh kena saman beb. Walaupun nampak lebih kurang sama, tetapi setiap satu hak jualan berikut mempunyai perbezaan. Saya akan menerangkan semudah yang boleh untuk mengelakkan anda daripada kebingungan :).

#1 SIMPLE RESALE RIGHTS.

Hak jualan asas ini membenarkan anda untuk menjual produk sahaja. Selain tidak boleh mendakwa sebagai pencipta produk, anda juga dilarang memberi hak jualan semula kepada pembeli seterusnya. Anda boleh memberikannya sebagai bonus kepada pelanggan atau pelawat di laman web/ blog atau laman web keahlian anda.

Hak jualan seumpama ini boleh didapati dengan mudah pada harga yang murah. Kebiasaannya hak tersebut diberi secara PERCUMA, tetapi akan dibenarkan untuk menjual semula pada harga yang ditetapkan.

#2 MASTER RESALE RIGHTS.

Hak jualan yang lebih kompleks daripada hak jualan asas tadi. Produk yang mempunyai Master Resell Rights selalunya disertakan dengan laman jualan untuk memudahkan anda menjualnya semula. Jadi anda tidak perlu bersusah-payah memikirkan tentang laman jualan.

Anda bukan sahaja dibenarkan untuk menjual semula, malah orang yang membeli dari anda juga dibenarkan untuk menjual semula produk tersebut. Biasanya harga produk yang mempunyai lesen Master Resell Rights ini mehal sedikit berbanding dengan produk dengan lesen Simple Resell Rights.

#3 PRIVATE LABEL RESALE RIGHTS.

Lazimnya produk ini terdiri daripada dua jenis. Jenis yang pertama ialah produk yang membenarkan anda untuk menjualnya semula di samping meletakkan nama anda sebagai pemilik/penulis/pencipta produk tersebut. Walau bagaimanapun, anda dilarang sama sekali mengubah atau menokok tambah kandungan asal produk dalam apa juga cara sekalipun.

Manakala jenis yang kedua pula adalah produk yang dijual beserta dengan sumber asal atau source code. Berbeza dengan jenis yang pertama tadi, produk jenis ini membenarkan anda untuk mengubah atau memperbaik kandungan asal selain menjual semula dan meletakkan nama sebagai pencipta produk.

#4 REBRANDING RIGHTS.

Produk yang mempunyai lesen Rebranding Rights ini membenarkan anda untuk menukar pautan (link) yang ada. Contohnya anda boleh menukar pautan yang ada dengan pautan ke laman web/ blog anda ataupun pautan ke laman jualan affiliate anda. Tetapi anda juga dilarang mengubah kandungannya dalam apa juga cara.

#5 ROYALTY RIGHTS.

Jenis ini biasanya dikaitkan dengan produk fizikal. Walaupun dibenarkan untuk menjual semula produk tersebut, tetapi anda perlu membayar sejumlah peratus atau komisen daripada jumlah jualan kepada pemilik asalnya.

Tag: , ,

Jana Pendapatan Dengan Produk Resell Rights

Dunia hari ini menyaksikan zaman teknologi maklumat dan informasi telah menjadikan internet sebagai medium utama untuk menjana pendapatan. Walaupun ada yang melayari internet untuk hiburan semata-mata, namun jika digunakan sebaiknya internet mampu menjana pendapatan lumayan untuk anda.

Bagaimana?

Ianya melibatkan lesen Hak Jualan Semula untuk produk yang telah anda beli dan miliki. Lesen tersebut membolehkan anda untuk menjual semula produk yang anda beli dan menjana 100% keuntungan daripada jualan produk tersebut.

Lesen Resell Rights membenarkan anda untuk mengubah atau memperbaik sesebuah produk mengikut selera anda. Pada kebiasaannya, anda perlu menulis deskripsi atau penerangan produk, menyediakan gambar produk, dan menyediakan laman jualan yang mampu menarik minat pembeli. TETAPI Anda Tidak Perlu Melakukannya!

Produk Resell Rights telah menyediakan semua itu untuk anda. Anda hanya perlu membeli atau mendapatkan produk Resell Rights dan menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan untuk tujuan jualan semula.

Sebenarnya banyak usahawan internet yang memulakan perniagaan internet mereka dengan menjual produk Resell Rights. Selain membantu memulakan empayar perniagaan internet anda, menjual produk Resell Rights juga sekaligus merupakan langkah efektif yang dapat membantu mengembangkan perniagaan internet anda.

Setelah anda memiliki produk Resell Rights, anda boleh melakukan apa saja terhadap produk tersebut, bergantung kepada syarat-syarat yang disertakan dalam lesen Hak Jualan Semula.

Anda perlu ingat bahawa potensi peluang pendapatan dengan menjual produk Resell Rights berada di tangan anda ? dan begitu juga dengan potensi perniagaan internet anda. Memiliki banyak produk Resell Rights sahaja masih belum mencukupi untuk menjadikan anda seorang usahawan internet yang berjaya.

Jadi anda perlu melakukan TINDAKAN! Sama ada anda memiliki satu produk Resell Rights dan menjana pendapatan dengannya, atau memiliki banyak produk Resell Rights tetapi anda tidak tahu cara memaksimakan keuntungan darinya. Semuanya di tangan ANDA.

Tag: , , , ,

Kepentingan blogging dalam perniagaan internet

Blogging adalah konsep yang bermula pada akhir 90-an (kalau tak silap saya la :)). Ianya bermula sebagai antara cara untuk memberi komen terhadap sesebuah laman web dan juga memberi peluang kepada pelawat untuk mengeluarkan pendapat masing-masing.

Apa yang dulunya bermula hanya dengan komentar satu perenggan telah berevolusi menjadi halaman demi halaman dan wadah untuk seseorang menumpahkan fikirannya. Secara tidak langsung, perkembangan dunia blogging juga sedikit sebanyak telah membantu perkembangan bidang pemasaran internet. Antara sebabnya ialah:

#1 - MUDAH. Ianya tidak memerlukan kemahiran atau skil yang tinggi. Asalkan anda boleh membaca dan menaip - atau sekurang-kurangnya anda tahu klik pada tetikus (mouse). Anda umpama mempunyai sekeping kertas di alam maya dan menulis tentang ide, pengalaman, produk terbaru untuk dikongsi bersama dengan para pelawat dan pembaca. Jadi andai anda mempunyai PC dan sambungan internet, anda boleh blogging dan mengiklan melaluinya.

#2 - PERCUMA. Jika anda baru berjinak-jinak dan ingin membiasakan diri dengan blog, saya cadangkan anda gunakan Blogger.com. Oleh kerana percuma, biasanya blog anda akan memaparkan iklan-iklan dari pihak ketiga. Walau bagaimanapun sekiranya anda serius untuk menjana pendapatan melalui blog, sebaiknya anda gunakan Wordpress kerana selain mudah untuk digunakan, ianya juga mempunyai banyak plugin dan reka bentuk yang boleh anda pilih mengikut selera anda. Cuma anda perlu melabur sedikit untuk hosting.

#3 - AUTENTIK. Pada zaman ini di mana banyak iklan dipaparkan di pelbagai media, kita sering tertanya tentang apa yang diwarwarkan oleh pengiklan. Tetapi melalui blog, kita boleh berkongsi pengalaman dan cadangan sebenar tentang sesuatu produk. Melaluinya anda dapat mengetahui samada produk tertentu itu bagus atau tidak. Saya pasti anda tentunya inginkan produk yang telah dicuba dan terbukti berbaloi memilikinya.

#4 - KREDIBILITI. Jika anda sudah biasa menulis dan berkongsi pengalaman anda di blog, lama-kelamaan pembaca akan menganggap anda sebagai sumber yang boleh dipercayai untuk mendapatkan informasi tentang produk yang berkaitan. Anda menjadi pakar tentang subjek yang dibincangkan. Hasilnya, semakin ramai yang melawat blog anda kerana kredibiliti tadi. Blogger lain juga menghubungkan blog mereka dengan blog anda. Jumlah pelawat yang banyak akan mendorong pihak tertentu untuk mengiklan di blog anda, sekaligus menjana pendapatan buat anda.

Yang pastinya, blogging bukan sahaja memberi kesan positif terhadap perniagaan internet anda, malah memberi nilai tambah kepada laman web yang sedia ada.

Tag: ,

MLM : Pengenalan

 Jika anda pernah menyimpan impian untuk berniaga dari rumah, sama ada sepenuh masa atau sambilan, mungkin MLM adalah untuk anda.Tambah-tambah lagi jika anda mempunyai kos permulaan yang minima untuk memulakan perniagaan.

 

Apa itu MLM?

MLM adalah singkatan daripada Multilevel Marketing. Secara asasnya, istilah MLM merujuk kepada sistem perniagaan yang mana pemasaran produk atau perkhidmatan dilakukan oleh pengedar yang bebas. Bebas di sini bermaksud pengedar tersebut tidak terikat secara kontrak dengan syarikat MLM yang diceburi. Baca seterusnya →

Tag: ,

Dapatkan Bab Percuma Buku “Rahsia Bisnes MLM Di Internet”

Sedikit waktu dulu, Zamri Nanyan bersama rakannya Daegan Smith telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk “The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success”. Buku ini dijual pada harga USD$39.95 di Amazon.com.

Namun apa yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca ialah buku ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan diberi tajuk “Rahsia Bisnes MLM Di Internet”. Ianya boleh didapati di kedai-kedai buku tempatan seperti MPH Bookstore pada harga RM29.90.


Kini, saudara Zamri Nanyan sedang dalam proses mempromosi buku tersebut dan bersedia memberikan satu bab percuma kepada anda yang layak. Bagaimana? Sila lawati link berikut untuk maklumat lanjut:

http://rahsia.bisnesdigital.com/perniagaan-internet/bab-percuma-dari-buku-rahsia-bisnes-mlm-di-internet

Selain menyenaraikan topik-topik yang dibincangkan dalam buku ini, saudara Zamri juga berkongsi sedikit pendapat beliau tentang buku ini. Tunggu apa lagi, klik link di atas dan jangan lepaskan peluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang ada di dalam buku “Rahsia Bisnes MLM Di Internet” ini.

Tag: , ,

Panduan membuat eCover sendiri.

Jika anda berkecimpung dalam dunia penulisan ebook, anda tentu maklum bahawa kulit depan ebook atau eCover anda juga perlu diambil perhatian. Percaya atau tidak, grafik juga terbukti dapat memainkan peranan dalam menarik minat pembaca. Tidak hairanlah wujud pepatah Inggeris yang mengatakan bahawa “A picture is worth a thousand words“. Dengan eCover yang profesional, nilai dan kredibiliti ebook anda juga akan meningkat.

Kini, terdapat banyak kaedah yang membolehkan anda untuk mencipta eCover sendiri. Antaranya ialah menempah melalui pereka grafik, dan sudah tentu anda perlu mengeluarkan sedikit modal. Selain itu,anda juga boleh mendapatkan template-template yang mana anda cuma perlu mengubah dan memasukkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan ebook anda. Terdapat juga pelbagai perisian eCover dijual di pasaran yang boleh membantu anda.

Bagi anda yang kurang berkemampuan untuk menghasilkan eCover melalui cara-cara di atas, mungkin tutorial berikut boleh membantu menghasilkan eCover profesional yang menepati citarasa anda. Tutorial ini menggunakan aplikasi Adobe Photoshop.

Langkah demi langkah ke arah penciptaan eCover menggunakan Photoshop:

1. Pertama, cipta satu fail baru. Pergi ke File > New atau tekan butang CTRL + N. Tetingkap akan muncul dan masukkan nilai lebar dan tinggi imej. Contohnya 500 x 550 pixel. Pastikan anda pilih  White untuk Background Contents.

2. Seterusnya, peruntukkan 100 pixel di bahagian sebelah kiri imej. Bahagian ini nanti akan menjadi bahagian sisi ebook anda, manakala baki 400 pixel lagi akan menjadi bahagian depan kulit ebook.

Caranya ialah klik pada Rulers di sebelah kiri skrin anda sambil menekan butang Shift dan tarik sehingga mencapai nilai 100 pixel, kemudian lepas. Sekiranya Rulers tidak kelihatan, pergi ke View > Rulers atau tekan butang CTRL + R. Right-click pada Rulers untuk memeriksa sama ada anda telah memilih unit ukuran yang betul atau tidak.

3. Kemudian, gunakan segala kreativiti anda dan masukkan teks dan gambar mengikut citarasa yang diinginkan. Pokonya, ekspresi dirimu! :)..

Jika ebook anda untuk dijual, sebaiknya rekalah eCover yang anda rasa mampu menjual. Tetapi jika ianya sekadar laporan mini percuma, rasanya rekaan yang simple sudah memadai.

4. Seterusnya, proses untuk menjadikan eCover anda 3D. Pergi ke Layer > Flatten image.

Buka satu dokumen baru dengan ukuran 1024 x 768 pixel. Copy imej dalam dokumen tadi dan masukkan ke dalam dokumen baru ini dan hide dengan menghilangkan ikon mata pada sebelah kiri layer imej tersebut.

Dengan menggunakan Pen Tool (setkan mode kepada Paths), buat outline kotak 3D anda pada layer baru.

Setelah itu, right-click pada kanvas dan pilih Make Selection. Satu tetingkap akan keluar dan tekan OK.

Pergi ke Edit > Stroke. Pilih 1 pixel untuk width dan setkan warna kepada merah. Tekan ENTER kemudian tekan CTRL + D. Pastikan layer outline kotak 3D anda berada di atas layer imej eCover. Unhide imej tersebut.

5. Ubah saiz imej anda bersesuaian dengan ketinggian outline kotak 3D tersebut.

Seterusnya, pilih Rectangular Marquee Tool dan pilih kawasan bahagian sisi buku.

Kemudian tekan CTRL + T untuk transform. Sambil menekan butang CTRL, tarik kotak kecil di bahagian atas kiri ke sudut yang bersesuaian dengan kotak 3D anda. Begitu juga dengan di sudut sebelah bawah. Lakukan juga langkah yang sama pada bahagian depan eCover anda.

Tahniah! eCover anda dah siap :). Kini anda telah mengetahui rahsia mudah untuk menghasilkan eCover sendiri. Selamat mencuba!

Tag: , , ,

Tips menambah backlink melalui komen.

Selain daripada menambah bilangan pelawat, backlink juga sebenarnya membantu dalam meningkatkan pagerank sesebuah laman web. Apa itu backlink? Dalam bahasa mudahnya, backlink atau pautan balik merujuk kepada pautan ke laman web anda yang didapati dari laman web lain. Semakin banyak backlink, semakin tinggi pagerank. Apabila pagerank meningkat, semakin mudah untuk menjadi nombor satu di mata enjin carian. Dipendekkan cerita:

Banyak backlink = pagerank tinggi = kedudukan tinggi di enjin carian.

Selepas tambah tolak darab bahagi, maka kesimpulannya = backlink is GOOD! Hahaa ;) apa punya formula daa..

Antara cara yang paling mudah untuk mendapatkan backlink adalah melalui komen. Tetapi teknik ini kurang mendapat perhatian kerana sering disalahgunakan oleh sesetengah ‘promoter‘. Sudahlah tidak memberi komen yang membina, malah mereka ini secara membabi buta meletakkan pautan ke laman jualan (kebanyakan link affiliate) mereka. Perbuatan sebegitu sememangnya tidak beretika! Mereka ialah SPAMMER! Itulah sebabnya mengapa kebanyakan platform blogging (termasuk Wordpress) secara default telah menetapkan atribut “nofollow” apabila terdapat link di bahagian komen. Atribut “nofollow” ini secara tidak langsung telah menutup peluang untuk menjana backlink.

Walau bagaimanapun, mudah saja untuk membuang atribut ini. Buka fail wp-include/comment-template.php. Cari barisan yang mempunyai kod berikut:

$return = “<a href=’$url’ rel=’external nofollow’>$author</a>”;

Padam atribut nofollow sehingga menjadi seperti berikut:

$return = “<a href=’$url’ rel=’external’>$author</a>”;

Cara ini hanya akan membuang atribut “nofollow” pada link di nama komentator. Link di bahagian komen tetap mempunyai atribut “nofollow“. Sekiranya anda ingin membuang semua atribut “nofollow” sebaiknya anda gunakan plugin. Beberapa plugin “dofollow” yang boleh anda gunakan:

Semiologic
Lucia’s Linky Love
DoFollow

Selain menggalakan perbincangan di laman web anda, pelawat yang memberi komen juga akan rasa dihargai kerana anda menyediakan link ke laman web mereka. Situasi menang-menang di situ ;). Selepas install plugin “dofollow“, mari kita ramai-ramai pasang logo DoFollow sebagai tanda sokongan kepada gerakan DoFollow.

Tag: , , , ,